in the name of allah, most gracious, most merciful.
pernah tak korang rase ‘kering’ giler dalam hidup? ataupon dalam bahase mudahnya korang rasa ‘kosong’…setiap bende yang korang buat semua tak kena. tapi korang tak tau ape puncanye.
kebiasaannya, terdapat tiga sebab kenapa benda ni berlaku. puncanya kecil jek, tapi boleh memberi kesan yang besar dalam diri seseorang. mudah-mudahan, bile kita tau puncanya, kita akan dapat mengubati masalah ini inshaAllah.
punca
yang pertama, kekosongan pemikiran akibat daripada kurang berfikir tentang umat ini dan akhirat. sibuk dengan urusan dunia yang takkan habis. lihatlah orang yang di dalam kubur, adakah mereka pernah habis urusan mereka? apa guna yang dikejar (harta, wang, pangkat, dll) sekiranya kita mati sebelum sempat mendapatkannya?
yang kedua, kekosongan ruhiyyah akibat daripada renggangnya hubungan dengan Allah. sibuk dengan urusan duniawi sehingga terlalai dari perkara ini, walhal dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang dan kaya dengan limpahan rahmatNya. dan jika kita tengok kisah nabi-nabi dan orang soleh, persamaan mereka adalah betapa rapatnya mereka dengan Allah swt setiap masa.
yang ketiga, kurangnya amal kebajikan (dakwah) yang kita lakukan. jika kita soroti sirah nabi muhammad saw dan sahabat ra (serta nabi sebelum baginda as) kerja utama mereka adalah berdakwah. namun sekarang kita lari dari kerja utama kita ni dengan anggapan kerja dakwah untuk ustaz dan orang baik2 semata. bukankan da’ie (pendakwah) yang dibentuk oleh rasulullah itu terdiri daripada panglima perang, statesman, businessman dan pelbagai latar belakang?
solusi
maka, daripada punca di atas, beberapa solusi boleh kita ambil.
yang pertama, mulakanlah dengan menunjukkan concern kepada umat ini. ambil tahulah tentang apa yang berlaku kepada mereka, terutama di palestine.
yang kedua, perbanyakkan zikir mengingati Allah. terlalu banyak zikir yang dianjurkan oleh nabi, maka amalkanlah.
yang ketiga, banyakkanlah membaca al quran dan fahami maksudnya, kerana ia akan membantu kita memahami apa sebenarnya tujuan hidup dan islam itu sendiri.
yang keempat, perbanyakkanlah qiyam. sungguh, solat malam itu mendidik disiplin diri, melahirkan keseriusan dalam bekerja/hidup, membuang ego kita dan banyak lagi. sebenarnya solat malam kita didirikan atas kerana mencintai Allah dan rasulNya, tanpa perlu menghiraukan hikmah2 yang ada, melainkan jika ianya diceritakan oleh nabi saw. kemanisannya hanya dirasai oleh mereka yang mengamalkannya.
yang kelima, berilah sumbangan kepada umat ini walaupun sedikit. baik dari segi tenaga, pemikiran, harta mahupun jiwa.
yang terakhir, semua ini jika kita fikirkan, boleh dicapai melalui jalan tarbiyah. memang benar, tarbiyah bukan segalanya. namun, dari tarbiyah kita belajar islam, belajar mencintai Allah dan rasulnya, belajar memahami al quran, belajar berfikir tentang umat, belajar tangunggjawab dakwah dan banyak lagi.
banyak lagi yang lain, boleh fikir sendiri dan amalkan.
semoga sharing yang pendek ini akan membuahkan amal.
waAllahu’alam.
17 banff road
manchester
m14 5ta
uk
[superdry adalah satu brand pakaian yang popular di UK dan sangat digemari oleh en P dan rakan-rakan brunei. dan ia takde kaitan dengan entry ni, mahupun aku dapat komisen untuk promote benda ni. dipilih sebab nama brand ni agak catchy]

salam alaik..nice entri…alhamdulillah…pengisian yang bernas…insyaallah..