salam.
entry pendek, namun sangat bermakna buat diri aku – sebab tanpa mereka, siapalah aku. tanpa mereka tak mungkin aku akan berada dikedudukan aku sekarang. Allah telah memudahkan jalan hidup aku melalui tangan-tangan dan keringat mereka – baik dalam urusan akademik, dakwah & tarbiyah mahupun urusan keduniaan & keakhiratan.
senarai dimulakan dengan kedua ibu bapa aku, sulkafle majid & maimunah shahadan; diikuti guru2 aku bermula di tadika kemas tapah road, sekolah kebangsaan pendita za’ba, mrsm gerik, mrsm lenggong dan kolej mara seremban; diikuti dengan murabbi2 yang membimbing aku di jalan dakwah ini; dan akhir sekali kepada sesiapa sahaja yang pernah menjadi guru kepada aku tanpa mereka atau aku sedari.
di bawah ini adalah serangkap lagu yang digubah oleh seorang ustaz di mrsm gerik yang menjadi dendangan kami setiap kali hari guru. lagu asal bertajuk terima kasih ibu ayah dendangan hijjaz.
Terima kasih guru
terima kasih cikgu
terima kasih duhai guru
hadirku ke mercu ini
kusambut penuh ceria
senyum simpul penghias kata
menghulur tangan berjabat mesra
hadirku ke mercu ini
kudidik dengan sempurna
kudibimbing dengan mulia
agar jadi insan berguna
salam sayang buatmu guru
mendidikku tak pernah jemu
halalkanlah segala ilmu
maafkanlah salah silapku
tanpa maaf dan juga restu
hidupku jadi tak menentu
padaMu Allah aku berdoa
padaMu jua aku meminta
rahmati guru, berkati mereka
ampunilah dosa-dosa mereka
panjang umur murahkan rezeki
sejahtera dalam ketaatan
moga berbahagia di dunia
di akhirat beroleh syurga
tiada yang lebih bernilai
dari pengorbanan yang suci itu
tak terdaya aku membalasnya
kepada allah aku berdoa
terima kasih cikgu
terima kasih duhai guru
*lirik tu lebih kurangla, sebab aku sendiri dah tak ingat…dah lama kot aku tinggalkan alam sekolah…hehe…
sekian.
wassalam.
17 banff road
manchester
m14 5ta
