[satu garapan based on entry dari blog muntalaq yang bertajuk 'dakwah bukan untuk orang MALAS']
Dalam course chemical engineering, konsep equilibrium amatlah penting dalam banyak hal. terutama bila deal dengan reaktor. equilibrium selalunye dikaitkan dengan steady state. takrifan mudah equilibrium adalah ‘no net change over time to the system’. contohnya, kalo dalam reversible reaction chemical equilibrium, rate of forward reaction will be equal to rate of backward reaction. mudah bukan?
sepertimana pentingnya equilibrium dalam industry, begitulah juga dalam dakwah dan tarbiyah kita. kadang2, kita gagal mencipta equilibrium dalam hal dakwah dan tarbiyah.
gagal
antara kesan gagalnya mencapai equilibrium/steady state adalah keporakperandaan system itu sendiri. dan secara tak langsung, ia akan melambatkan proses tarbiyah dan dakwah itu sendiri. kerana apa? sunnatullahnya steady state/equilibrium ni biasenye dicapai at a given time. jadi, jika diberi tempoh masa yang sepadan, equilibrium dalam dakwah juga akan turut tercapai.
namun, kadang2, kita tak effort untuk tunggu terlalu lama untuk equilibrium ini dicapai. terutama bagi situasi dakwah di UK. rata2 orang datang dan pegi dalam tempoh 3-5 tahun (kecuali encik P, akh R dan sekutu mereka…hehe). takut2 tak tercapai equilibrium, dah kena balik. seperti dalam industry, bos2 tak sanggup untuk tunggu lama to reach the equilibrium. apa yang mereka buat? solution mudah adalah menggunakan catalyst (pemangkin kata orang melayu) untuk boost reaction itu sendiri.
dalam dakwah, catalyst juga perlu. cumanya catalyst dalam dakwah ini pelbagai. mungkin daripada diri sendiri, mungkin dari rakan2, mungkin dari orang lain. formulanya cuma satu, iaitu BERGERAK KE ARAH ITU. ya, kita kena berusaha mencari catalyst kita, bukan sekadar duduk di rumah tak buat apa. hidayah Allah tak akan datang bergolek.
konteks dakwah
oh ya, apakah bentuk equilibrium yang dimaksudkan dalam konteks dakwah? pada pandangan aku yang masih bertatih dalam dakwah ini, equilibrium dalam dakwah adalah bagaimana kita beramal dengan apa yang kita perolehi. bagaimana kita menterjemahkan hasil yang kita dapat dari usrah, daurah dan pelbagai lagi wasilah dakwah itu kepada gerak kerja.
atau bahasa mudahnya apa yang kita sumbangkan untuk dakwah ini. baik dari segi buah fikiran, tenaga, harta mahupun jiwa. eh, silap. rephrase: apa sumbangan kita pada dakwah ini melalui buah fikiran, tenaga, harta, jiwa…[the list goes on sampai inifinity/mati].
muhasabah
bila aku reflex diri aku balik, aku sendiri pon tak mencapai tahap equilibrium dalam dakwah ni. input rate >> output rate. terlalu banyak yang aku dapat dari jalan ini, namun sumbangan aku amatlah kerdil. kalo aku nak listkan apa yang aku dapat, seratus entry pon tak tentu habis lagi. tapi kalo nak listkan apa yang aku sumbang, tak sampai satu ayat dah habis. oh, hinanya & lemahnya aku!
dengan tarbiyah aku belajar kenal semula islam.
dengan tarbiyah aku belajar membaiki diri aku.
dengan tarbiyah aku mula belajar melihat dunia dengan pandangan berbeza.
dengan tarbiyah aku mula belajar memahami quran & hadith nabi.
dengan tarbiyah aku mula belajar mencintai nabi saw & sahabat baginda ra.
dengan tarbiyah aku mula belajar tentang tujuan hidup.
dengan tarbiyah aku belajar memupuk rasa mahabbah fillah.
dengan tarbiyah…[banyak lagi...].
tapi, sumbangan aku pada tarbiyah..?
….
[speechless....]
…..
malunye aku ngan Allah & diri sendiri…
ya Allah, ampunilah segala kelemahan aku. sesungguhnya aku tanpa rahmatmu, hanyalah insan yang rugi.
equilibrium dalam dakwah memang mustahil tercapai (tak mungkin kita buleh bagi sama banyak dengan apa yang kita dapat), namun ia tak sepatutnya menjadi alasan untuk kita kaku. berkerjalah, Allah tak melihat hasil, tetapi apa yang kita usahakan. semoga Allah mengganjari usaha kita yang sedikit ni.
waAllahua’lam.
17 banff rd
manchester
m14 5ta
uk
NHS’ footnotes:
1. dedikasi entry ini buat renungan aku sendiri, betapa aku hanyalah manusia yang rugi tanpa tarbiyah, namun bila aku mendapat tarbiyah, terlalu sedikit sumbangan aku.
2. entry aku sebelum ni [Lintasan] adalah satu pedoman & peringatan kepada mereka yang baru mengenal tarbiyah, jangan mengulangi kesilapan aku, berikanlah seluruh jiwa & raga untuk jalan ini. aku tulis bukan sebab aku ‘koyak’ or frust ke ape, sekadar lontaran pengalaman, agar kalian tak mengulanginya.
3. berpegang teguh pada jalan ini, mudah2an Allah memelihara kalian.
4. banyaknye aku menulis…huhu..takut2 hanya pandai menulis, tapi tak mengamalkannya..
