[post kali ini adalah lintasan hati secara random setelah lama tak menulis]
[lintasan #1]
di saat aku hanya tinggal kurang lebih 2 bulan di bumi uk, aku terkenang kembali saat aku mendapat tarbiyah mengenali Islam sekitar tahun 2007. aku sampai di uk penghujung 2006, usaha seorang akh untuk memperkenalkan aku dengan jalan ini bermula sejak itu, namun aku cuba berlari, hingga Allah mencampakkan hidayahNya di sekitar pertengahan 2007.
[lintasan #2]
sekarang aku hendak pulang ke malaysia, bersama seribu satu kemungkinan. adakah aku akan balik for good? adakah aku akan datang balik? adakah aku akan ke tempat lain pula untuk belajar? adakah aku bekerja di uk? adakah aku akan terus begini? adakah aku akan jadi lebih baik? adakah aku akan futur dan hilang bersama arus dunia? persoalan berkahwin jauh sekali.
[lintasan #3]
bila aku refleks diri sendiri, kadang2 aku rasakan niat aku sering lari dari tujuan asal aku. ya Allah, tetapkanlah qalb aku, kerna sesungguhnya sifat qalb itu berbolak balik.
[lintasan #4]
bila melihat ramai akh yang baru mengenal dakwah dan semangat mereka yang membara, aku terasa sungguh malu & cemburu. aku cuba samakan keadaan mereka dengan diri aku dahulu kala, namun jauh panggang dari api. dapat benda yang sama, namun semangat aku tak seperti mereka. tidak menyala dan berkobar seperti mereka. aku hanya sejuk membeku dan kaku tunggu arahan dan arahan. tiada inisiatif tersendiri untuk bergerak seperti mereka.
[lintasan #5]
kadang2 aku rasakan banyak haq2 tarbiyah & dakwah yang aku terlepas pandang dan terlalaikan. kadangkala banyak haq2 adik2 usrahku yang aku abaikan. sejak dahulu hingga kini. adakah ini akan menjadi punca permasalahan yang lebih besar kelak? ya Allah, jauhilah aku dari kejahatan diri sendiri dan kejahatan amalanku! ya Allah, janganlah aku penyebab lambatnya kemenangan Islam!
[lintasan #6]
mungkin personaliti aku yang kadang kala dingin menyebabkan keadaan aku gagal untuk menyentuh hati manusia. aku kurang arif dengan kiat memikat hati. teorinya pandai, praktiknya berkecai. akibatnya memang jelas tertampak sekarang. namun itu bukanlah alasan, tetapi bagaimana seharusnya aku menanggapi hal tersebut ke arah yang positif. cumanya, barangkali aku yang tak mahu menanggapinya dengan positif.
[lintasan #7]
bila aku kenang, apa tujuan aku buat semua benda ni.
apa tujuan aku buat usrah? nak dikatakan aku berilmu dan alim?
apa tujuan aku bercakap/menyampaikan? nak dikatakan aku power & hebat?
apa tujuan aku memagang mas’uliyah? nakkan popularity?
apa tujuan aku DF? nak namaku disebut2 dan dikenang2 setelah aku pulang?
jika itulah tujuan aku, maka celakalah aku. maka binasalah amalan aku. ya Allah, luruskanlah & ikhlaskanlah niat aku.
[lintasan terakhir, namun yang terawal terlintas di hati]
harapan aku cuma kecil, bila aku pulang, janganlah nama aku disebut2, dikhuatiri aku akan dilanda penyakit hati.
harapan aku cuma kecil, bila aku pulang, kalian akan tetap teguh di jalan ini.
harapan aku cuma kecil, bila aku pulang, kalian akan memacu dakwah ini lebih jauh dari sekarang.
waAllahu a’lam.
17 banff rd
m14 5ta
manchester
uk

jadikan kami dari golongan yg sedikit ya Allah.
ini adalah kali pertama aku ke blog ini…sejujurnya aku berasa sedih & pilu…dengan rahmat dan hidayah tuhan sahajalah yg membuatkan aku ‘ter’baca post ini…jzkk kepada akh yg menulis…
kadang2 hati manusia lebih mudah tersentuh dgn tulisan berbanding percakapan…
semoga terus thabat dalam perjuangan…:’-)