Assalamualaikum wbt….
Setelah sekian lama x menulis ape2, baru dapat internet connection kat umah. Di Uk, internet connection memang penting, x macam di Malaysia, sebab kebanyakan kehidupan seharian di UK memerlukan kepada penggunaan internet, seperti membeli-belah, online conference, menguruskan bank account, nak contact family dan macam-macam lagi.
Tambahan pula dengan kesibukan bekerja sebagai ‘Dust Control Specialist‘ di ‘Department of Restoration and Reservation‘ setiap hari, lagilah tiada masa untuk menulis. Dulu bekerja sekadar 2 jam sehari di 9 St John Street, sebuah law firm, tetapi sekarang bekerja hampir 8 jam sehari dari 9 am – 4 pm di Whitworth Park Hall of Residence, balik memang terlentanglah jawabnya…
Tajuk blog ini sengaja dipilih, agak controversy, tapi hal ini memang perlu diambil peduli oleh masyarakat, khususnya pelajar. Mungkin saya bukanlah orang yang layak untuk bercakap/menulis tentang hal ini, tetapi rasa nak tulis jugak, sbb time summer camni musim kahwin bagi pelajar-pelajar UK dan Ireland.
Panjang pulak intro.
Bercouple
Sebelum bercerita pasal berkahwin, meh kita sembang-sembang pasal couple dulu. Lain orang lain pendapat mereka tentang bercouple. Ada yang kata boleh, ada kata haram, ada kata tak apa, macam-macam lagila. Saya mengambil pendapat bahawa tidak perlunya kepada bercouple. Rasanya, sumua orang realised pasal perkara ini. [Dulu, saya sendiri pon terjebak dalam hal ini (and i'm not proud of it) dan alhamdulillah, atas rahmat Allah, diberi peluang untuk melihat dan memilih jalan kebaikan. Rahmat dan hikmah datang ke UK]. Bila dah bercouple, semua benda nampak best pada mata dan pemikiran mereka. Walaupun tidak berdua-duaan, syaitan tetap menjadi orang ketika yang menyburkan dan menyemarakkan lagi ‘api cinta’ antara mereka. Apatah lagi jika berdating.
SMS penuh dengan ucapan kasih dan sayang, saling bertukar gambar dan berutus surat, bagi yang lebih advance, ber’im’ dan bervideo calling. Di dalam wallet tersimpan gambar buah hati masing-masing. Kalau berdating, berjalan berdua-duaan, tangan digenggam erat, apa berlaku di sekeliling tidak akan dapat mengganggu gugat eratnya pegangan tengan tersebut, kalah genggaman Papa Yokies ketika ingin menyelamat anaknya dari jatuh gaung (”Tahan, tahan, biar papa pegang” kata Papa Yokies). Begitulah karenah orang bercinta. Memetik kata-kata Ustaz Hasrizal,
“Apakah mungkin sesuatu perkahwinan mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah jika permulaannya bermula dengan kemaksiatan kepada Allah?”
Sebenarnya, bercouple ini hanyalah budaya-budaya Barat, yang mana mereka mengamalkan prinsip ‘mencari keserasian sebelum berkahwin’. Atas sebab inilah institusi kekeluargaan mereka musnah. Banyak berlaku penceraian, anak-anak terbiar, itu belum kira lagi kadar kelahiran luar nikah dan kes suami mencari perempuan lain, isteri mencari lelaki lain. Hal ini sudah menjadi darah daging bagi mereka, sepertimana alcohol menjadi ‘air suam’ atau ‘teh tarik’ bagi mereka.
Islam sebagai ad-Din yang syumul, datang dengan konsep menjaga diri dan masyarakat. Islam takkan mengharamkan sesuatu perkara melainkan dengan memberi solution kepada perkara yang diharamkannya. Dalam hal ini, Islam mempromosikan nikah dan institusi kekeluargaan muslim yang lengkap dengan modul-modul yang jelas bagi setiap individu yang terlibat, iaitu suami/ayah, ibu/isteri serta anak-anak.
Nikah
Kali ini, biarlah kita membincangkan perkara berkaitan nikah sahaja, kalau nak cerita hal kekeluargaan, boleh saja, tapi tunggulah, sebab mencerikan hal kekeluargaan ini perlu dengan ‘pakej’nya tersendiri. Saya ’starter pack’ pun belum dapat lagi, baru order saja.
Jika disebut pasal pengharaman bercouple, timbul persoalan, macam mana kita nak tau pasangan kita tu betul-betul serasi atau tidak? Kalau tak serasi, nanti bercerai juga, bukankah mengundang masalah juga?
Di sini, kita sebagai Muslim, yang mendakwa beriman kepada rasul, maka kenapa tidak berpegang kepada Sunnah dan Hadith Rasulullah saw?
Dari Abu Hurairah ra
Rasulullah saw bersabda: “Perempuan dikahwini kerana 4 perkara: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka kamu patut mengahwini perempuan beragama, (jika tidak) kamu akan menjadi orang yang rugi.”
Dalil dalam al-Quran:
“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.” {an-Nur, 24:26}
Jadi tidak timbullah persoalan serasi atau tidak, tidak kenal, dan macam-macam hal lagi. Beriman sahajalah dengan hadith Nabi saw dan Kitab Allah, selama ini hanya mengaku beriman, tetapi secara praktikalnya? Perlaksanaan syahadah bukan sekadar di mulut dan di dalam solat atau bulan Ramadhan dan Dzulhijjah, tetapi dalam setiap hal, apatah lagi hal perkahwinan. InshaAllah semuanya akan dipermudahkan.
Kenapa Susah nak Kahwin?
Kadang-kadang, apa yang menyulitkan process perkahwinan di Malaysia khususnya dan negara-negara timur tengah dan dunia amnya adalah bagaimana keadaan masyarakat tersebut pada ketika/zaman itu. Kita ambil contoh di Malaysia.
Masalah yang sering dihadapi oleh pasangan di Malaysia adalah karenah dari keluarga. Ada keluarga yang menyuruh mereka habis belajar dahulu, dan membiarkan mereka berkawan dahulu. Walhal, jika mereka sudah begitu, izinkan sahaja mereka berkahwin, inshaAllah mendapat pahala kebaikan, berbanding redha dengan perlakuan mereka.
Ada yang mempunyai masalah dengan wang hantaran, padahal perkara-perkara ini bukanlah wajib, yang wajibnya mahar. Kalau tak berkemampuan, buat secara bersederhana sudah memadai, kerana perkara sebegini tidak elok diperlambatkan.
Jika dilihat dari sudut institusi keagamaan, begitu banyak karenah dan birokrasi yang melambatkan process perkahwinan. Anatarnya adanya kursus kahwin, interview, dan sebagainya. Memang saya akui, ada kepentingannya kursus nikah. Tetapi, kursus du Malaysia memakan masa. Jika di UK, orang Islam hendak berkahwin, tidak perlu ada sijil nikah. Intipati kursus nikah itu boleh diterapkan dan dipraktikan setelah berkahwin, dan pada pendapat saya perkara yang diceritakan dalam kursus nikah adalah perkara basic. Saya pernah menghadiri kursus nikah anjuran MSD (Malaysian Student Department) tahun lepas. Antara sebab saya menghadirinya adalah sebab murah, GBP4 dapat makan dan sijil, dan sijil pulak laku digunapakai di Malaysia. Antara isi kandungannya adalah menceritakan tanggungjawab suami isteri, hal-hal talak dan rujuk, nafkah dan sebagainya. Perkara ini pada saya semua sudah sedia maklum, jika mereka ingin berkahwin. Tapi saya tidaklah against pada perkara ini, kerana mungkin ada yang tidak berapa faham hal-hal sebegini terutamanya hal talak.
Itu baru 2,3 hal, tidak termasuk lagi hal yang berkaitan dengan orang yang berkahwin dengan muallaf. Perkara yang kecil menjadi susah, sehinggakan perkahwinan tertangguh. Ada kes seorang muallaf yang ingin berkahwin dengan wanita Melayu, diherdik dan dimaki sebelum majlis akad nikah, kerana dia tidak memakai baju Melayu lengkap. Dia hanya memakai suit ketika hadir di majlis tersebut. Allahuakbar…remehnya dan sempitnya minda masyarakat. Tidak kisahlah dia nak pakai baju apa pun ketika nak akad nikah, asalkan pakaiannya menutup aurat. Patutlah masyarakat Cuna dan India di Malaysia tak suka dengan Islam, sebab pada anggapan mereka, masuk Islam di Malaysia adalah ‘masuk Melayu’. Itu belum kira lagi bagaimana ibubapa yang bukan Islam datang untuk melihat beliau dilarang memasuki masjid. Zaman Nabi saw dulu orang bukan Islam selamba saja masuk ke masjid, mendengar ajaran Islam, berdebat dan sebagainya di Masjid Nabawi, mungkin masjid di Malaysia lagi suci agaknya (fikirkanlah ye, nak cerita masalah-masalah muallaf di Malaysia kena tulis entry lain pulak, kalau ada masa dan ada kerajinan…hehe).
Cukuplah sedikit, dah penat menulis, kalau nak komen atau tambah, silakan, kalau saya rasa macam tak berapa nak cukup, nanti saya buat siri 2 pulak, jika diizinkan Allah.
Cukuplah sampai di sini dulu setakt ini. Saya suka memetik kata-kata sahabat saya, yang menyebabkan saya tersentak pada saat pertama kali mendengarnya, sampailah sekarang saya masih ingat:
“Bercouplelah, asalkan cinta itu tidak lebih daripada cinta kepada Allah dan RasulNya.”
Simple, bukan? Tetapi, siapa yang berani jamin jika bercouple, cintanya kepada pasangan tidak lebih dari cinta kepada Allah dan RasulNya? Boyfriend/girlfriend di SMS setiap waktu, adakah selawat kepada rasul dan ibadah kepada Allah juga begitu? Gambar boyfriend/girlfriend di dalam wallet, adalah al-Quran di bawa ke mana-mana? Nama kekasih diucap sebelumtidur, bagaimana pula dengan doa kepada Allah dan kaum Muslimin yang lain yang terseksa di seluruh muka bumi? Tepuklah dada, tanyalah iman. WaAllahu a’lam
Selamat pengantin baru kepada ikhwah-ikhwah dan sahabat-sahabat yang mendirikan rumah tangga baru-baru ini, semgoa perkahwinan antum dirahmati Allah dan sentiasa di bawah keredhaan Allah. Yang menjemput saya ke walimah masing-masing, minta maaf, tidak dapat hadir, saya tidak pulang ke Malaysia summer tahun ini.
Mohd Izuan Mat Ail (Jue’)dan isteri di Leeds
Mohd Shazni Daud dan isteri di Manchester
Hasbullah Alias dan isteri di Manchester (ex-housemate)
Syarafiz dan isteri di Bath
Akh Amin dan isteri di Ireland
Shaidatina (Along) dan suami (ex-classmate, dapat berita dah kahwin, kalau khabar angin mintak maaf ye, tuan punya badan x bagitau)
dan sahabat-sahabat lain yang tidak tersenarai, tertinggal kot.
wassalam
Ibn Majid
17 Banff Road
Manchester
UK

salam wrt..very nice entry..
hmm nulis pandai dah,,bile nak tunjuk cth sendiri plak??(hint* hint*)
p/s: orng sekarnag duk pikir nak benti keje,,die skrng duk tmbah working hour lagi,huhu,,,garden desiner x pernah try ke??lebih kurng jer ngan keja kat department of restorarion and resevation tuh..
salam.. tulisan yg menarik..
masyarakat kurang faham tentang “matlamat tak menghalalkan cara”. sekarang mak bapak yg duduk kampung pun dah ada yang siap ajak g’fren / b’fren anak2 bermalam kat rumah.. alasannya sbb “nnt jadi family jugak..”
di zaman yg dah penuh dengan fitnah, dan kerosakan ni..perosak islam adalah orang islam sendiri..
sama2 lah berdoa moga2 terjaga iman kita..amiin..
p/s: andai ada kabar gembira, sebarkanlah..
menulis berdasarkan pengamatan, belum dapat lagi menulis berdasarkan pengalaman…semoga dipermudahkan…hehe..
keje kat whitworth to baru start, azam ajak keje, rugi plak tolak rasenye, dapatlah menambah sket duit simpanan..hehe
to cp:
betul tu, skang macam2 buleh jadi, pemikiran masyarakat berubah mengikut zaman, same gak ngan diorg punye perception…
ASSALAMUALAIKUM……
HAI PIJIE….
ACT dah lama nak bg komen…
baru skang berkesempatan….
seronok baca…
kadang2 terfikir jgk. tapi manusia selalu lalai…
bila ingAT sekarang, seminit dua lupa…MASYAALLAH…
suka dengan ungkapan “Bercouplelah, asalkan cinta itu tidak lebih daripada cinta kepada Allah dan RasulNya.”… sng dilafazkn tapi sukar utk dilaksanakan… bak kata lain… buat2 derk jer….
betul tu…sekadar peringatan buat diri bersama…sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain.
tak taulah, sekarang nih, jika kata single, orang kate kite pelik/weird/skema dll…hehe
semoga y bercouple tu cepat-cepatlah berkahwin…buat ape tunggu lame-lame, kahwin terus lagi bagus, terpelihara diri terpelihara iman inshaAllah..amin